5/30/08

Tok Janggut






Tok Janggut atau Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas dilahirkan pada tahun 1850 di Kampung Saring, mukim Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau dibesarkan di Istana Jeram kerana ayahandanya berkhidmat sebagai panglima kepada Tengku Seri Maharaja Jeram. Berpendidikan agama dan pernah berguru dengan Tuan Guru Syeikh Ahmad al-Fatani di Mekah pada tahun 1327 Hijrah. Ekoran campurtangan British di Kelantan pada tahun 1909, Tok Janggut dengan sokongan Ungku Besar Ahmad (cicit kepada Long Gapar - pengasas kerajaan Kelantan) telah melancarkan gerakan anti-hasil. Apabila perang meletus antara kerajaan Turki Uthmaniah dengan Britain dan bersesuaian dengan fatwa jihad yang dikeluarkan oleh Mufti Besar Kerajaan Turki Uthmaniah pada 11 November 1914, Tok Janggut menganggkat senjata menentang British. Pada 29 April 1915, Tok Janggut menyerang bandar Pasir Puteh. Dalam pertempuran dengan anggota pasukan Malay State Guides pada 24 Mei 1915 di Kampung Dalam Pupuh, Tok Janggut telah gugur syahid bersama Tok Abas dan Tok Husin. Mayat Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu, diarak dan digantung songsang selama empat jam di Padang Bank sebelum dikebumikan di Kampung Pasir Pekan.

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan ALLAH itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) disisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki mereka”

(Surah Al-Imran:169)

No comments: