9/10/11

3 Serangkai (Tawakkal, Doa & Usaha)




TAWAKKAL
Dengan bertawakkal, kita menyerahkan segala urusan kehidupan kita kepada ALLAH. Kita merasakan bahawa segala yang berlaku dalam kehidupan ini telah tertulis sejak azali lagi di Lauh Mahfuz. Semuanya berada dalam Ilmu ALLAH. Segala yang berlaku adalah terjemahan dari Lauh Mahfuz. Ianya ketentuan yang telah ditetapkan ALLAH. Tiada daya dan upaya kecuali dengan ALLAH.

DOA
Dengan berdoa, kita menjadikan diri kita adalah benar-benar hamba. Hakikat doa adalah sebagai saksi atas iftiqarnya kita kepada ALLAH. Ia membuktikan kita benar-benar berhajat kepada NYA. Berusahalah untuk merasakan iftiqarnya kita kepada ALLAH tatkala berdoa. Lidah menuturkan doa penuh pengharapan, tangan ditadah penuh kehinaan diri, hati merasakan iftiqarnya.

USAHA
Dengan berusaha, kita mengikuti peraturan alam. Alam ini berjalan mengikut peraturannya. Di antara peraturan alam adalah hukum sebab-musabbab. Tanpanya kehidupan akan kucar-kacir. Untuk hidup perlu makan, untuk berjaya perlu berusaha, begitulah peraturannya dalam keseluruhan kehidupan kita. 

9/4/11

Ingatan kecemerlangan



Tatkala kita hadir ke alam dunia ini, kita diazankan & diiqamahkan. Setiap hari kita mendengar azan & iqamah. Adakah kita mengambil berat tentang laungan tersebut?

Sekarang marilah kita menelusuri laungan tersebut...
Sekarang marilah kita membina kecemerlangan dengan mengerti laungan tersebut...
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk sama-sama menghayati laungan tersebut...

Kecemerlangan perlulah diasaskan dengan MEMBESARKAN Yang Maha Pencipta. Dengan membesarkan Allah, ianya bererti kita mengecilkan selain dariNYA. MembesarkanNYA perlulah lahir dari lubuk hati. Seandainya hati kita belum lagi merasakan kebesaranNYA, maka inilah masa yang terbaik untuk kita merasakannya dengan jalan fikir & melaksana suruhannya. Dengan usaha berterusan, insya Allah hati kita akan semakin sensitif dan hidup dengan merasakan kebesaranNya.

Kecemerlangan perlulah diasaskan dengan "KALIMAH SYAHADAH" iaitu penyaksian "Tiada Tuhan Yang Disembah Kecuali ALLAH & Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH". Penyaksian ini lahir dari lubuk hati sesorang setelah ia merasakan kebesaran dan keagungan Maha Pencipta. Seandainya penyaksian kita hanya berada di lidah, inilah masa yang terbaik untuk kita menghidupkan rasa hati kita dengan penyaksian tersebut. Asas pertama melalui jalan fikir. Asas kedua melalui jalan zikir. Tanamkan kecintaan kepada ALLAH &  Rasulullah dengan memperbanyakkan zikrullah, bacaan al-Quran & selawat ke atas sebaik-baik ciptaanNya. Semoga dengan amalan yang berterusan, insya Allah hati kita akan dilimpahi dengan nur hidayahNya.

Kecemerlangan perlulah diasaskan dengan SOLAT. Setelah perasaan hati kita untuk membina kecemerlangan berkobar2 dengan merasai kebesaranNYA disusuli dengan penyaksian kalimah syahadah. Sekarang, marilah kita memanifestasikan perasaan tersebut dengan mendirikan solat. Ianya adalah asas dalam kehidupan ini. Tanpanya rosaklah kehidupan ini. Ianya tali perhubungan antara hamba & Penciptanya. Bagaimanakah kita boleh hidup tanpa menghubungiNYA. Alangkah besarnya penyesalan seandainya kita gagal menunaikannya. Semoga kita semua menjadi orang2 yang menjaga & mendirikan solat. Seandainya solat kita sekadar melepaskan batuk di tangga, inilah masa yang terbaik untuk kita menjadikan solat kita berkualiti dan bernilai. Kita boleh merujuk kepada kitab yang membicarakan tentang solat. Antaranya kitab yang dikarang oleh Imam Ghazali, Syeikh Daud Fatani & bayak lagi. Semoga solat kita bertambah kualiti & nilainya.

Setelah 3 perkara tadi di'highlight'kan, maka sekarang dilaungkan ucapan supaya kita membina kejayaan. Berusaha dengan sepenuh ikhtiar yang dikurniakan untuk cemerlang. Kehidupan ini adalah medan untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya. Marilah kita sama2 melakukan yang terbaik dalam kehidupan kita. Samada dari aspek pembangunan diri, keluarga, kerjaya, masyarakat mahupun negara. Seandainya kita tiada keghairahan dalam kehidupan, maka sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita mengembalikan & menyemarakkan perasaan ingin melakukan yang terbaik. Apabila kita melakukan yang terbaik, insya Allah kejayaan & kecemerlangan pasti menyusul.

Sebelum diakhiri ucapan azan, kita diingatkan semula tentang 2 asas yang terpenting...
1) ALLAH MAHA BESAR
2) TIADA TUHAN YANG DISEMBAH KECUALI ALLAH

Ianya ingatan kecemerlangan. Cemerlang dunia & akhirat. Diingatkan kita 5 kali sehari samada disedari ataupun tidak. Semoga kita semua menjadi hamba yang cemerlang. Ameen...

9/3/11

Bagaimanakah kita?


Awasilah setiap detik hidupmu.
Jangan kamu lupakan Allah walaupun seketika,
kerana apabila itu berlaku kamu sebenarnya berada dalam keadaan yang amat berbahaya.
Sesungguhnya semua manusia berada dalam kebinasaan kecuali mereka yang berilmu.
Orang2 yang berilmu berada dalam kebinasaan kecuali mereka yang beramal.
Mereka yang beramal juga berada dalam kebinasaan kecuali golongan yang ikhlas.
Golongan yang ikhlas ini pun masih belum selamat sepenuhnya dari bahaya besar disisi Allah...
Semua ini akan membebankan kamu kecuali jika kamu mengambil daripada dunia sekadar keperluan sahaja...

-Imam Ghazali-

2/20/11

Mari membina Kecemerlangan


Kecemerlangan merupakan fitrah. Islam merupakan fitrah. Islam datang membawa kecemerlangan.
Bayangkan, tatkala kita belum dilahirkan di dunia ini. Dari air menjadi ketulan daging membaluti tulang-temulang. 4 bulan dalam kandungan ibu ditiupkan roh. Terus membesar dan membesar dalam kandungan ibu. 2 bulan terakhir bebanan yang ditanggung oleh ibu melebihi 10 kg. Ke sana ke mari membawa bayi yang dikandung.
Tatkala sampai masanya, lahirlah kita ke muka bumi ini sebagai hamba & khalifah. Kesukaran, kesakitan , perjuangan & pengorbanan ibu selama ini hilang dengan mendengar tangisan bayi yang comel. Adakah kita dilahirkan untuk gagal??? Tidak sama sekali, kita dilahirkan untuk membina kecemerlangan.
"Fikirkan kecemerlangan, bertindaklah untuk cemerlang"