Showing posts with label taharah. Show all posts
Showing posts with label taharah. Show all posts

6/15/08

دليل نجس مغلظة

Semua haiwan itu adalah suci kecuali apa yang telah dinyatakan syara’ iaitu anjing dan babi. Dalil yang menunjukkan bahawasanya anjing itu adalah najis ialah:

 (اذا ولغ الكلب في اناء أحدكم فليرقه ثم يغسله سبع مرات)


“Apabila menjilat anjing ke dalam bejana/bekas seseorang daripada kamu, maka hendaklah ditumpahkan air itu, kemudian dibasuh sebanyak 7 kali” Muttafaqun `alaih

Dalam hadith di atas, Nabi S.A.W menyuruh agar air dalam bejana tersebut ditumpahkan. Ini menunjukkkan bahawa mulut dan air liur anjing itu adalah najis. Begitu juga air yang telah dijilat oleh anjing itu adalah najis. Sekiranya air tersebut tidak menjadi najis, maka tidaklah Nabi S.A.W menyuruh agar menumpahkan air itu.

Apabila telah sabit najis mulut dan air liur anjing. Sedangkan ia adalah sebaik-baik anggota, maka anggota lain., daging, organ dalaman dsb terlebih utama najis.

Adapun najis babi, maka ia diqiaskan kepada anjing. Tabiatnya lebih teruk dari anjing, tidak harus memelihara dan mengambil manfaat daripadanya, Bahkan terdapat nas tentang haramnya dan disunatkan membunuhnya.


4/21/08

Ukuran 2 Kolah


Ulama' berbeza pendapat tentang ukuran 2 kolah. Pada zaman dahulu ukuran 2 kolah dikira dengan ukuran qirbah, rotal dan seumpamanya. Peredaran zaman telah merubah kehidupan manusia, ukuran tersebut telah dibahaskan oleh ahli fiqh zaman ini. Mereka telah melakukan ijtihad untuk menentukan ukuran 2 kolah berdasarkan ukuran liter dan cm padu. Ijtihad ini dilakukan berdasarkan kitab2 fiqh yang terdahulu.


Berikut adalah ijtihad ulama' mengikut ukuran liter:

1) Mufti Johor (Al-Haddad) = 230 liter

2) S. `Adil Ahmad Maujud & S. `Ali Ahmad Mu`awad = 190 liter

3) Syeikh Dhiya al-Bugho = 190 liter / 58 cm padu

4) Syeikh Majid al-Hamawi= 216 liter / 60 cm padu

5) Syeikh Ma`sum (Lasem) = 174.58 l /55.9 cm padu (Imam Nawawi)
= 176.245 l / 56.1 cm padu (Imam Rifa`i)



Berdasarkan kepada hasil ijtihad di atas, maka ukuran 2 kolah adalah antara 175l - 230l.


*Mengikut Dr Abdul Salam Muhammad Shukri (UIAM)

Ukuran takungan empat persegi tepat
= 22 ½ inci x 22 ½ inci x 22 ½ inci/
= 57cm x 57cm x 57 cm

Ukuran takungan selinder
= 18 inci x 25 inci



Sumber: Ta`liq Raudhah, Tahzib fi adillah taqrib Li Abi Syuja`,Ta`liq al-taqrib.
* http://travel.cari.com.my/viewthread.php?tid=330823